Wednesday, August 11, 2010

~*Ramadan*~

Selamat berpuasa kepada seluruh saudara saudari muslim dan mukmin.:) Jadikanlah puasa pada tahun ini lebih bermakna. Banyak-banyakkan berdoa. Dan yang pasti kita sangat bertuah kerana dipanjangkan umur kerana masih lagi dapat 'berjumpa' dengan bulan Ramadan pada tahun ini. Alhamdulillah~ Jadi masih ada kesempatan untuk kita memperbanyakkan ibadat, bertaubat dan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Dengan itu, mari kita mengambil kesempatan ini untuk beribadah sehabis baik:) Dan kalau boleh kita teruskan juga ibadah extra yang kita amalkan dalam bulan Ramadan ke bulan seterusnya( but not Tarawih of course, ibadah sunat lain la). Nasihat untuk kamu dan saya jua...

Dekat tempat baru berpuasa. Hmm.. banyak kena consider. Kat mana nak buka puasa, sahur, tarawih kat mana tp semua dah di sort out. Jangan risau. Cuma penat je mungkin lebih. Nak jalan pegi kelas, mak ai punya la jauh especially FIT CR3003/4. Nak balik bilik kena panjat tangga. Tapi takpa lah, moga-moga dapat pahala jalan jauh2 tu, insya-Allah. Orang tengah belajar kan banyak manfaatnya. Harini first day puasa macam tak ramai orang kat kampus. Kenapa ya? Sunyi semacam.. mungkin puasa orang kurang bercakap kot.. hehe.

Belum pun puasa, some shopping complex dah pasang lagu raya=.=' melampau... Bukan raya yang kita kejar sebenarnya. Jangan la kita kerugian kerana mengejar hari raya. Raya tu tanda kemenangan sahaja. Betul, ia penting, sesuatu yang membahgiakan, seronok. Tapi, isi kepada kemenangan itu ialah apa yang kita kerjakan pada bulan Ramadhan al-Mubarak. Sikitkah? Banyakkah? Serius atau olok-olok? Jadi marilah kita mengejar untuk mengisi kemenangan itu supaya anda dan saya tidak berada dalam kerugian. (Bila teringat raya je teringat FINALS! it's a good countdown anyway, keep me alert)

Last but not least, again, happy fasting people:)
For more information on Ramadan and fasting go check out this blog: iloveAllah.com

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah puasaku ini sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Amin~

1 comment:

  1. amin~
    hopefully amalan kita banyak this ramadhan
    we only have 30 days, so dnt waste this opportunity :D

    selamat beribadah sis :)

    ReplyDelete