Sebelum nak pergi interview JPA kena interview dengan nenek kesayangan saya dahulu...
Nenek: Kau nak pergi interview ye?
Saya: Ye nek.
Nenek: Nak sekolah(belajar) kat mana?
Saya: Tak tau lagi...
Nenek: Kau nak jadi apa?
Saya: Ermm.. akauntan.(pelan-pelan je cakap)
Mama: Dia nak amik accountancy...
*Payah nenek saya nak menyebut accountancy..haha=')
Nenek: Bagus la..jangan jadi cikgu. Sibuk je...(berdasarkan apa yang dia lihat mama saya lalui..hihi)
Saya: Hmm..
Mama: Akauntan tu kerja macam Nal la.. Lagi tak balik-balik.
Nenek:(ooopsss... macam tu ke? terdiam sekejap)
Saya: =) hihi
Mama: Tak pun jadi polis.. Macam Cik Din.
Nenek: Alah jadi polis pun sama jugak tak balik-balik( tak jenguk dia la)
Mama & Saya: Hihi....
Hadoi... Here some info in about the domestic affair. Cik Nal, my uncle works as an accountant in Kedah and he is staying there with his family. Jarang-jarang jenguk nenek saya kerana menetap jauh di Kedah. Tetapi bila ada masa terluang dia mesti jenguk nenek saya. Cik Din, my uncle used to be a policeman, tetapi sekarang tak tahu kerja apa and his whereabout is unknown. Suka berahsia...hmmm. Susah nak contact pun dan dah lama sangat tak jenguk nenek saya. Jadi, nenek saya tak mahu saya dan cucunya yang lain mengambil pekerjaan di atas kerana risau mama saya akan ditinggalkan satu hari nanti seperti apa yang dilaluinya. Dia rasa faktor pekerjaan lah yang membuatkan dia rasa terabai. Sebenarnya tak. Ramai orang yang look after and care about her dearly. Dia je tak sedar... asyik ingat orang yang jauh... Biasala, rindu kat anak..=')
architect?? insyaallah saye jenguk nenek kesayangan saye :)
ReplyDelete